Monday, February 23, 2009
Jangan Malas Mandi
Bagi mereka yang takut mandi baca ini....
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Sebarkan maklumat ini semoga ilmu ini dapat kita menafaatnya bersama.
Tuesday, February 17, 2009
BENCI ATAU SAYANG
Benci & Sayang…
Bila kita menyedari hakikat apabila hati penuh dengan sayang, semua perkara di sekitar kita kelihatan indah dan cantik. Apabila hati penuh dengan kebencian, semua perkara dipandang buruk dan senantiasa membawa masalah. Mungkin sahaja apa yang kita sayangi, bukan yang terbaik buat kita. Dan mungkin sahaja yang kita benci adalah yang terbaik untuk kita. Dengan itu, bersederhanalah dalam segala hal. Wallahu ‘alam bisowob. (:
Yang baik dan indah semua datangnya dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan yang cacat itu kelemahan diri sendiri…
1. Meninggikan Suara Di Hadapan Ibu Bapa
Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.” Rasul menjawab: “Janganlah engkau menyengutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata: “WahaiRasulullah, tambahkanlah.” Rasulullah menjawab: “Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya.”
Lelaki itu meminta kembali: “Wahai Rasulullah, tambah lagiselain itu.” Rasulullah menjawab, “Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan.”Lelaki itu meminta kembali, “Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu.” Rasulullah menjawab, “Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan) mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah.”
(HR Imam Ibnu Majah)
2. Mengherdik Ibu Bapa
Mengherdik ibu bapa bererti telah berbuat derhaka kepada mereka, apalagi menganiaya mereka dengan cara melukai tubuh badan mereka. Perbuatan ini merupakan kebiadaban seorang anak yang tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa. Walaupun anak perempuan tidak lagi bertanggungjawab terhadap ibu bapanya sesudah berkahwin, namun tidak putus hubungan seorang perempuan dengan ibu bapanya. Cuma tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya tidaklah menjadi wajib seperti mana anak lelaki. Tetapi perhubungan ibu dengan anak tetap berjalan terus, sehingga tiada alasan bagi seorang anak perempuan untuk mengherdik ibu bapanya.
3. Memutuskan Hubungan Dengan Ibu Bapa
Oleh kerana mengherdik ibu bapa sudah termasuk perbuatan dosa besar, apalagi memutuskan hubungan dengan mereka. Ianya merupakan perbuatan seperti mana yang diumpamakan dalam sebuah peribahasa, “kacang lupakan kulitnya.”
Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami.
Tuesday, February 10, 2009
PUASA TIGA HARI PADA SETIAP BULAN
PUASA...berpuasalah kamu selagi mampu
Jom kita mula amalkan..
Apakah dalil disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan?
Sabda Nabi s.a.w.;
“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa”
(Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).
Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;
“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://fiqh-am.blogspot.com/
Hadith :
Dari Aisyah r.a :”Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.
(Muslim)
Huraian
1. Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah,doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.
2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.
3. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.
4. Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.
Sumber: http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php
Monday, February 9, 2009
BATANG MOP JADI REMOTE LCD
Batang mop jadi remote
Nilai - Seorang pensyarah menagmbil langkah mudah apabila meminjam batang mop untuk dijadikan remote untuk buka lcd pada dua hari yang lepas.
Pelajar Fakulti Syariah Undang-undang, Siti Mahmudah Bibet, 22, mengatakan perkara sebegini memang amat pelik apabila sanggup menggunakan batang mop untuyk menggantikan remote.
"Saya tidak sangka pensyarah tersebut sanggup meminjam batang mop dari makcik cleaner dan inisiatif ini amat bagus sekali," katanya.
perkara sebegini mungkin tidak akan berulang lagi kerana mungkin kita tidak menyangka jikalau ada orang luar yang nampak.
Boikot Barangan Israel dan Amerika
Oleh: Nurzainatul Hajar & Rabiatul Adawiyah
NILAI – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) digesa untuk bersama-sama memboikot barangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dalam usaha membela nasib rakyat Palestin yang menderita di Gaza.
Menurut kakitangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Suhana Baharudin, 29, usaha memboikot barangan ini boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat walaupun sukar.
“Pada awalnya agak susah bagi saya melakukannya, tetapi saya berusaha memboikot satu persatu barangan Israel dan Amerika. Contohnya, saya seorang penggemar Milo tetapi saya mengambil inisiatif menggantikannya dengan Vico,”katanya.
Bagaimanapun, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Haliza A.Shukor, 28, melihat ramai pelajar USIM yang tidak menyokong usaha ini sepenuhnya.
“Walaupun banyak kempen memboikot barangan Israel dilakukan di merata tempat, tetapi masih ada segelintir pelajar USIM yang tidak mempedulikan kempen tersebut”.
“Saya berasa kecewa kerana terdapat pelajar USIM yang tidak sensitif dengan isu ini sedangkan mereka tahu apa yang berlaku sekarang,”ujarnya ketika ditemui.
Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, 24, memberitahu bahawa usaha memboikot ini perlu dilakukan sejak dahulu lagi bukan hanya setelah berlakunya peperangan di Palestin.
“Sepatutnya kita sebagai pelajar Islam perlu sedar dan bertindak dengan lebih awal lagi bagi membantu mengatasi kekejaman yang berlaku”.
“Walaupun bukan seratus peratus rakyat Malaysia yang beragama Islam mampu memboikot barangan Israel dan Amerika, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu memberi tekanan pada mereka dari segi ekonomi,” katanya.
20 Cara Untuk Jadikan Roomate Anda Gila
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..." 7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka *****, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ***** dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. Selamat mencuba... Jenaka sahaja. Tidak ade kene mengena antara yang hidup ataupon yg telah pergi.hehe
Wednesday, February 4, 2009
KISAH THOBIB BERSAMA MAT REMPIT
MISTERI BOLA PINGPONG
ASSALAMUALAIKUM.