Monday, February 9, 2009

Boikot Barangan Israel dan Amerika


Boikot..kasihanilah umat islam di palestin

Oleh: Nurzainatul Hajar & Rabiatul Adawiyah

NILAI – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) digesa untuk bersama-sama memboikot barangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dalam usaha membela nasib rakyat Palestin yang menderita di Gaza.

Menurut kakitangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Suhana Baharudin, 29, usaha memboikot barangan ini boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat walaupun sukar.

“Pada awalnya agak susah bagi saya melakukannya, tetapi saya berusaha memboikot satu persatu barangan Israel dan Amerika. Contohnya, saya seorang penggemar Milo tetapi saya mengambil inisiatif menggantikannya dengan Vico,”katanya.

Bagaimanapun, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Haliza A.Shukor, 28, melihat ramai pelajar USIM yang tidak menyokong usaha ini sepenuhnya.

“Walaupun banyak kempen memboikot barangan Israel dilakukan di merata tempat, tetapi masih ada segelintir pelajar USIM yang tidak mempedulikan kempen tersebut”.

“Saya berasa kecewa kerana terdapat pelajar USIM yang tidak sensitif dengan isu ini sedangkan mereka tahu apa yang berlaku sekarang,”ujarnya ketika ditemui.

Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, 24, memberitahu bahawa usaha memboikot ini perlu dilakukan sejak dahulu lagi bukan hanya setelah berlakunya peperangan di Palestin.

“Sepatutnya kita sebagai pelajar Islam perlu sedar dan bertindak dengan lebih awal lagi bagi membantu mengatasi kekejaman yang berlaku”.

“Walaupun bukan seratus peratus rakyat Malaysia yang beragama Islam mampu memboikot barangan Israel dan Amerika, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu memberi tekanan pada mereka dari segi ekonomi,” katanya.



2 comments: